Saturday, August 21, 2010

KENAPA KITA PERLU MENGHINDARI MEMAKAN MAKANAN “ TRANS FAT” ATAU MARGARINE?

Perkara ini perlu diterangkan sedikit lagi kerana ramai masih ragu dan menanyakan saya akan masalah memakan margarine ini.
Kita sebenarnya amat digalakkan untuk memakan lemak semulajadi tetapi menghindari lemak yang bukan semulajadi yang mengandungi bahan-bahan asing yang menyebabkan ianya tidak cair pada suhu badan dan ini akan menyebabkan pembekuan pada salur darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.
Lemak yang diproses atau “trans fat” boleh ditemui didalam minyak “hydrogenated”, termasuk kebanyakan jenis margarine (sila lihat setiap kandungan dan nutrisi pemakanan tersebut) dan juga bahan “shortening”, pada sesetengah produk peanut butter, dan kebanyakan makanan yang di “bake” dan snek yang banyak dijual dipasaran.
Adalah disarankan untuk mengganti margarine dengan mentega (butter) dan kita juga perlu faham tidak semua margarine adalah dari jenis hydrogenated dan ini masih boleh diterima. Label makanan tersebut akan menandakan “NO TRANS FAT”.
Diantara pilihan lemak yang sihat termasuk buah zaitun dan minyak zaitun, avocado, kekacang dan minyak kekacang, flaxseed dan minyak flax, minyak bunga matahari, dan minyak ikan dari salmon, sardin dan mackerel. Adalah penting untuk kita memakan lemak yang seimbang termasuk juga lemak yang dikategorikan sebagai lemak monounsaturated, polyunsaturated dan saturated.

No comments:

Post a Comment