Sunday, August 29, 2010

TESTIMONI



KONSEP SLIM DIET 2

PROTEIN SPARING MODIFIED FAST’ (Ketogenic Diet)

Konsep Protein Sparing Modified Fast adalah suatu konsep selamat yang telah dibangunkan oleh dua doktor di Harvard Medical School melalui kajian yang terperinci (Dr George Cahill dan Dr George Blackburn).

Kebanyakan pelan diet bertumpu kepada pengurusan pengambilan kalori yang mana pada hari ini terbukti kurang berkesan malah ada pengguna yang akhirnya mengalami masalah kegemukan lebih teruk daripada sebelum mengikuti pelan diet tersebut.

CIRI-CIRI PELAN DIET YANG BAIK (SLIM DIETII)


PROTEIN YANG MENCUKUPI

Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.


Contoh Keperluan Protein Badan:

Jika berat badan anda ialah 80kg, sedangkan berat badan ideal anda ialah 60kg, maka anda perlukan 60gram protein setiap hari. Dalam program diet SDII, sukatan SDII yang diambil mengikut arahan mengandungi 40gram protein. Oleh itu, anda memerlukan 20gram protein lagi dalam diet harian anda!


ESSENTIAL FATTY ACID (EFA) YANG MENCUKUPI

EFA = Omega 3 & Omega-6

EFA adalah penting utk memastikan badan dapat menyimpan vitamin-vitamin yang mampu menyerap lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.


MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI

Vitamin dan mineral adalah merupakan kandungan utama SDII. Empat hidangan SDII sehari cukup untuk memastikan badan menerima sekurang-kurangnya amaun minimum vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang diperlukan badan.


AIR YANG MENCUKUPI

Minimum air diperlukan badan = 2 liter sehari.

Apabila seseorang diet, akan berlaku perubahan struktur dalam tubuh. Gangguan akan berlaku terhadap jaringan lemak sedia ada dalam tubuh yang mana lemak-lemak ini perlu dinyahkan dari tubuh tanpa mengakibatkan fungsi hati dan buah pinggang terganggu dengan aktiviti melampau. Untuk itu, potassium diperlukan utk melindungi fungsi buah pinggang (1 – 2 gram sehari).


Cadangan makanan diambil bersama Slim Diet II untuk menangani perkara ini; pengambilan salad yang mengandungi 2 mangkuk daun salad (lettuce), 1 cawan timun, 1 tangkai seleri, ½ buah tomato sederhana dan cuka epal. Salad ini tinggi kandungan potassium.


FIBER YANG MENCUKUPI

Adalah amat penting untuk buang air besar setiap hari. Salad yang diambil setiap hari juga turut membantu memastikan perkara ini. Umumnya, manusia kekurangan fiber boleh larut (soluble fibre) dalam diet harian mereka. Pengambilan fiber dalam pelan diet SDII adalah penting. Walaubagaimana pun, pengambilan buah-buahan adalah termasuk dalam makanan yang harus dikurangkan/dielakkan sewaktu mengamalkan SDII kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi.


SENAMAN YANG MENCUKUPI

Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.


KARBOHIDRAT YANG TERKAWAL

Makanlah makanan yang ada dalam senarai yang dicadangkan/dibenarkan sahaja. Sesungguhnya mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah suatu cabaran yang amat berat.

Terdapat 2 jenis karbohidrat;

1. Karbohidrat yang biasanya terkandung dalam makanan berwarna putih, bergula dan berkanji seperti nasi, gandum, roti, pasta, gula dan buah-buahan (Buah termasuk dalam kategori ini kerana kandungan fruktosanya yang sangat tinggi). Bahan-bahan ini dimetabolismakan oleh badan dengan sangat mudah yang mana akhirnya mengekalkan lemak.


2. Karbohidrat kompleks yang mana badan memetabolismakannya dalam peringkat yang sama seperti pembakaran tenaga. Contohnya sayuran hijau. Oleh itu, sebagai hidangan harian utama sewaktu mengambil SDII, 5 cawan sayuran hijau yang dimasak mengikut suka dengan tambahan protein adalah sangat mencukupi!

KETO STICKS



Slim Diet II adalah satu program/pelan diet yang berasaskan kepada Ketosis iaitu proses semulajadi pembakaran lemak kepada tenaga. Oleh itu, tahap pembakaran lemak kepada protein boleh diukur dengan menggunakan Keto Sticks (contoh seperti dalam gambar di atas). Masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan adalah pada hari ke-3 hingga hari ke-7 anda mula mengambil SDII.

Caranya: lakukan ujian ke atas air kencing anda sebaik-baiknya di awal pagi sebelum makan/minum apa-apa. Celupkan Keto Sticks ke dalam air kencing selama 1 - 2 saat. Pastikan bahagian depan Keto Sticks yang terdapat kertas ujian tercelup ke dalam air kencing sepenuhnya. Bandingkan keputusan ujian dengan jadual keputusan Keto Sticks.

JADUAL KEPUTUSAN UJIAN KETON




warna) menunjukkan: (Rujuk Jadual Keputusan Keto Sticks )
Putih (Negative) - Menunjukkan anda bukan di peringkat ketosis iaitu anda masih mengambil terlalu banyak karbohidrat dalam diet harian anda.



Merah sangat muda (Trace) - Anda dalam keadaan ketosis iaitu pembakaran lemak kepada tenaga sedang berlaku. Walaubagaimanapun anda masih belum di tahap yang ideal.



Merah muda (Small) - Ini adalah bacaan ideal di mana anda dalam keadaan ketosis dan corak pengambilan karbohidrat / pemakanan anda adalah betul.



Ungu muda (Moderate) - Anda dalam keadaan ketosis yang agak tinggi. Kemungkinan besar badan anda memerlukan lebih air.



Maroon / Ungu (Large) - Ketosis terlalu tinggi dan tubuh anda amat memerlukan air dan anda perlu mengambil karbohidrat dalam diet anda.

Saturday, August 21, 2010

Adakah anda mengalami sembelit ketika menjalani program diet SD2 ?

Tanda-tanda:
Sembelit atau masalah buang air besar. Tidak kerap buang air juga mungkin berlaku jika anda sudah menjalani program diet SD2.
Sebab:
Pertukaran jenis makanan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah ini sebagaimana anda mungkin telah lalui jika melancung ke negara lain. Anda juga mungkin kurang minum air, kurang senaman dan kurang makan serat disebabkan tidak boleh memakan buah-buahan dan juga anda masih kurang mengambil sayur-sayuran.
Apabila anda sembelit, anda mungkin juga kerap mendapat kekejangan otot, merasa kembung atau bloating, sakit kepala, sakit belakang dan merasa sembab serta tidak selesa.
Bagaimana mengatasi masalah ini:
Anda perlu mengambil makanan tambahan serat atau fiber supplement untuk mengatasi masalah sembelit. Pilihan anda diantaranya termasuk serbuk serat Fiber Max yang tidak berperisa yang boleh di beli bersama-sama Slim Diet II. Minum air yang cukup, cubalah bersenam dan perlahan-lahan tambahkan jumlah serat yang anda ambil dari jumlah 2 sudu besar setiap hari sekali sebelum tidur dicampur segelas air kosong sehingga sembelit anda hilang.

Soalan yang selalu saya ditanya oleh ibu yang menyusukan anak adalah seperti berikut: Saya menyusukan bayi dan pada masa yang sama saya juga ingin men

Kebanyakan ibu yang sudah melahirkan anak merasa terlalu teruja untuk menguruskan berat badan secepat mungkin selepas bersalin. Kita harus ingat bahawa berat masa mengandung bukanlah naik secara mendadak dan oleh itu penurunan beratnya juga haruslah dengan kaedah yang beransur-ansur. Selalunya pilihan pertama sekali yang saya berikan adalah dengan menganjurkan supaya ibu yang menyusukan memilih kaedah yang semulajadi untuk menurunkan berat badan. Memang semasa menyusukan anak kita akan membakar kalori yang lebih dari biasa. Badan kita akan membakar tenaga berlebihan pada lemak yang disimpan untuk mendapatkan susu dan ini sudah cukup untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat ditambah dengan makanan yang seimbang serta senaman yang sederhana. Banyak ibu-ibu yang menjaga pemakanan yang betul semasa menyusukan telah berjaya menurunkan berat badan secara beransur-ansur tanpa mengambil apa-apa program diet. Inilah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang menyusukan anak untuk menurunkan berat badan.
Sekiranya anda tidak sabar dan masih terpaksa untuk berdiet, adalah satu langkah yang bijak jika anda menunggu sekurang-kurangnya 2 bulan selepas bersalin dan tempoh pantang telah selesai. Sekurang-kurangnya badan anda sudah pulih dari kesan melahirkan anak dan susu yang dibekalkan sudah lancar dan mencukupi untuk bayi anda. Anda juga haruslah mendapat nasihat doktor untuk memastikan anda sudah memang cukup sihat untuk melakukan apa-apa jenis program diet sekalipun. Tiga perkara yang paling penting untuk anda pastikan semasa menyusukan bayi anda adalah meminum banyak air, perlu rehat yang cukup dan makan makanan yang sihat serta seimbang.
Ibu yang tidak cukup makanan yang seimbang mungkin akan mengalami risiko kekurangan zat makanan dan juga akan membahayakan kesihatan anda dan juga kesihatan bayi tersebut. Ini akan mengurangkan zat simpanan yang penting didalam badan serta mengurangkan kadar vitamin A, D, B6 dan B12 didalam susu ibu tersebut dan juga jumlah susu bayi juga mungkin akan berkurangan. Apabila keadaan ini terjadi, maka janganlah teruskan program diet anda dan berhentilah serta merta.
Sekiranya anda sudah mendapat nasihat doktor untuk berdiet dan memilih untuk mengambil SD2 sebagai program diet anda, maka anda perlu mengubah suai program pemakanan rendah karbohidrat seperti pada fasa pengekalan berat badan atau maintenance level; yang mana anda boleh mengambil karbohidrat yang lebih tinggi dari fasa penurunan biasa iaitu lebihkurang 100g karbohidrat sehari.
Selain dari itu anda juga pastikan perkara-perkara berikut:-
Jangan berlapar dan minum air yang cukup. Ada juga tidak boleh berlapar semasa menyusukan bayi. Ini akan menyebabkan anda merasa lemah dan letih. Apabila anda didalam keadaan seperti ini, maka anda akan kurang fokus untuk menjaga kesihatan bayi dan keadaan ini juga akan menyebabkan kekurangan susu anda dan menyekat rangsangan pengeluaran susu.
Kadar penurunan berat yang lebih sederhana. Kadar penurunan yang sederhana tidak akan mengganggu jumlah pengeluaran susu ibu atau kesihatan bayi. Namun begitu ada beberapa analisa yang menunjukkan penurunan berat badan yang pantas (iaitu lebih 0.45 kg dalam seminggu) perlu diperhatikan. Racun, dari keadaan persekitaran seperti PCBs dan racun serangga boleh tersimpan didalam lemak badan. Apabila ibu yang menyusukan turun berat badan dengan cepat, racun ini mungkin akan terlepas didalam salur darah dan kandungan racun didalam susu akan meningkat. Penurunan berat badan yang cepat juga ada dikaitkan dengan kekurangan bekalan susu badan. Sekiranya anda tidak cukup minum air maka ketone yang terdiri dari 3 jenis kumuhan badan iaitu acetone, acetoacetate dan beta-hydroxybutyrate juga mungkin terkumpul didalam saluran darah anda. Namun begitu, masih tidak dapat dibuktikan bahawa ketone yang berlebihan didalam salur darah dan air kencing anda, juga terdapat pada susu ibu dan berapakah kadar yang akan membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu.
Sekiranya berat anda turun terlalu cepat apabila memakan SD2, maka olah jenis makanan anda supaya menambah makan buah-buahan serta sayuran berkanji yang akan memperlahankan kembali penurunan berat anda.
Suatu lagi perkara yang selalu ditimbulkan adalah apabila anda mengambil diet SD2, anda akan memakan kadar protien yang terlalu tinggi dan ini adalah membahayakan kepada bayi yang sedang menyusu. Sebaliknya perkara ini adalah cukup baik untuk penyusuan bayi. Ibu yang menyusukan akan mengeluarkan lebihkurang 6 ke 11 gram protien didalam susunya setiap hari. Bayi yang sedang membesar memang memerlukan protien yang cukup yaitu bahan asas pertumbuhan badan. Protien, bukan seperti zat makanan yang lain, tidak boleh disimpan didalam badan ibu. Jabatan Agriculture, USA menyarankan ibu yang menyusukan memakan sekurang-kurangnya 65 grams protien setiap hari. Ini sebabnya kita lihat kebanyakan ibu yang menyusukan apabila mengambil SD2 akan mengeluarkan susu yang lebih dari biasa untuk bayi mereka.
Sebenarnya, tidak semua jenis diet sesuai untuk semua orang untuk setiap masa. Tambah-tambah lagi untuk ibu yang menyusukan. Jika anda faham betul-betul cara diet SD2, maka anda perlu mengubah suai program diet anda seperti fasa “maintenance” dengan memakan lebih karbohidrat seperti buah-buahan dan sayuran berkanji, minum lebih banyak air, jangan sekali-kali berlapar dan kawal penurunan berat badan anda supaya lebih perlahan. Yang paling penting bayi anda tetap sihat dan mendapat susu serta zat makan yang cukup. Sekiranya ada perkara-perkara diatas yang menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda maka berhentilah berdiet buat sementara dan perlu diolah kembali cara diet anda supaya lebih sesuai.

TIPS HARI INI......


SD2 Tips Hari Ini: Tahukah anda bahawa organ dalaman haiwan (organ meats) juga mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dari daging biasa dan bertoxic ?
Jangan memakan lebih dari 120 gm organ dalaman haiwan sehari ketika anda berdiet SD2 untuk anda masih membakar lemak.
Contoh organ dalaman adalah seperti hati, paru, limpa, perut

KEPENTINGAN MAKAN SAYUR......



Sayuran, secara umumnya, mengandungi karbohidrat yang baik. Namun begitu, ada jenis sayuran yang mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi tetapi tak semestinya mempunyai zat makan yang tinggi juga dan begitulah juga sebaliknya. Kebanyakan sayuran membekalkan serat atau fiber dan juga zat tumbuh-tumbuhan (phytonutrients) yang baik, iaitu bahan asli didalam tumbuh-tumbuhan yang boleh menghindarkan kita dari penyakit. Sebenarnya, sayuran yang padat dengan zat makan adalah mengandungi karbohidrat yang rendah. Sayuran hijau seperti salad dan daun-daun hijau lain yang boleh dimakan mentah seperti lettuce, bayam, parsley, salad air (macam sejenis paku-pakis) adalah semuanya tinggi zat tumbuhan dan rendah karbohidrat. Pilihan terbaik yang lain termasuklah sayuran asparagus, pucuk rebung, broccoli, kobis, kobis bunga, terung, bendi, jicama, kale, collard green, mentimun, kohlrabi, leeks, mustard green, bawang, radishes, scallions, shallots, snow pea pods, spaghetti squash, strings or wax beans, swiss chard, tomatoes, water chestnuts dan zucchini. Pada tahap permulaan berdiet, dimana tahap karbohidrat yang anda boleh ambil adalah terlalu rendah, anda boleh mengambil 3 cawan/cup sayuran yang rendah karbohidrat sehari. Tergantung kepada kesukaan anda, anda boleh memilih samada 2 cawan salad dan 1 cawan sayuran lain seperti brocolli, terung, bayam etc atau 3 cawan salad sahaja. Pada tahap penurunan berat badan selanjutnya, anda boleh menambah lebih lagi sayur-sayuran. Sehingga pada tahap pengekalan berat badan, anda boleh mengambil apa sahaja jenis sayuran walaupun jenis karbohidrat yang tinggi dan rendah zat makanan tetapi hendaklah diambil dengan sederhana atau sekali sekala sahaja. Dibawah ini saya sertakan contoh sayur-sayuran dan berapakan kandungan karbohidratnya untuk panduan pemakanan anda:

Vegetables (serving size) Carbs Artichokes, cooked (1 medium) 13g Asparagus, raw (5″ spear) 0.5g Beets, cooked, (1/2 cup) 8g Broccoli, raw (1 cup) 4g Brussels sprouts, cooked (1/2 cup) 7g Cabbage, cooked, (1/2 cup) 3g Carrots, cooked (1/2 cup) 8g Cauliflower, cooked (1/2 cup) 3g Celery, raw (1 cup) 4g Chard, Swiss, cooked (1 cup) 7g Collard Greens, cooked (1 cup) 12g Corn, sweet, cooked (1oz) 7g Cucumber, raw (1/2 cup) 1g Eggplant/ Aubergine, cooked (1 cup) 7g Endive, raw (1/2 cup) 1g Kale, cooked (1 cup) 7g Leeks, cooked (1/2 cup) 4g Lettuce (1 cup) 1g Mushrooms, raw (1 cup) 4g Onions, raw (1 cup) 14g Parsnips, cooked (1/2 cup) 15g Peas, green, cooked (1 cup) 25g Peppers, green (1 cup) 10g Pumpkin, cooked, mashed (1 cup) 12g Radishes, raw (1 cup) 4g Spinach, cooked (1 cup) 7g Squash, zucchini, cooked (1 cup) 8g Squash, winter, acorn, cooked (1 cup) 30g Succotash, cooked (1 cup) 47g Sweet potato, baked w/skin (large) 44g Tomatoes, raw (1 cup) 8g Turnip, cooked, mashed (1 cup) 11g

BOLEH MAKAN KEKACANG TAK?



Banyak juga soalan-soalan yang saya dapat berkenaan memakan kacang semasa berdiet SD2. Selalunya saya menasihatkan bahawa fasa yang selamat untuk mula memakan kacang adalah selepas waktu induksi atau selepas 2 minggu pertama ketika berdiet. Apabila melepasi fasa ini, anda boleh menghadiahkan diri anda dengan memakan 30 gram kekacang atau bijian kedalam menu pemakanan anda setiap hari dan perhatikan jika ada perubahan kepada ujian ketostix anda. Kacang mengandungi protien, lemak dan karbohidrat dan sebahagian besar karbohidrat itu adalah fiber atau serat. Memanglah anda masih perlu mengira berapa jumlah Net Carbs yang anda perlu makan supaya tak melebihi had karbohidrat yang anda boleh makan sehari. Kebanyakan kacang boleh diterima dan kacang macadamia mengandungi ratio tertinggi antara lemak kepada karbohidrat. Kacang gajus (cahews) dan kacang tanah (peanuts) mengandungi kandungan karbohidrat yang agak tinggi. Jadi pilihan yang baik adalah kacang macadamia, almonds, pecans, hazelnut, pine nuts dan walnuts pada waktu permulaan. Boleh juga untuk mencuba biji kuaci dan biji bunga matahari yang menambah kesedapan salads dan sayuran yang dimasak. Kekacang dan bijian ini juga mengandungi zat makanan yang tinggi. Almonds, biji bunga matahari dan hazelnet adalah kaya dengan Vitamin E. Kacang juga mengandungi banyak zat pemakanan yang lain seperti niacin, vitamin B6, folic asid, magnesium, zink, copper dan pottasium beserta beberapa lagi zat tumbuh-tumbuhan (phyto-chemicals) termasuk bahan-bahan anti-oksida. Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa pemakanan kacang dan bijian boleh mengurangkan risiko sakit jantung. Orang yang selalu memakan kacang menghadapi kurang risiko penyakit jantung dari orang yang tidak memakan kacang atau bijian yang mengandungi minyak/lemak. Lemak monounsaturated adalah yang sebenarnya bahan yang menyebabkan kacang ini baik untuk kesihatan kita.
Orang yang mengikuti diet yang rendah lemak selalunya menghindari kekacang dalam pemakanan mereka dan ini akan menghadkan diri mereka dari sumber asid lemak omega dan khasiat pemakanan yang lain. Pastikan anda tidak memakan kacang yang disalut gula atau madu. Apabila memakan kacang, anda haruslah juga berhati-hati kerana seperti kentang goreng atau makanan segera yang lain, anda susah nak berhenti apabila sudah mula memakannya. Oleh itu jangan mengambil kacang dari tin atau kantung yang besar.
Jika nak selamat, asingkan dahulu jumlah yang anda boleh makan sehari dan makan sebanyak itu sahaja. Ini adalah lebihkurang jumlah 30 gram kekacang atau bijian yang anda boleh makan sehari:
o 24 biji almonds
o 18 biji cashews
o 20 biji hazelnuts
o 10-12 biji macadamia saiz sederhana
o 28 biji kacang tanah
o 47 biji kacang pistachios
o 1 sudu besar biji labu/tembikai
o 3 sudu besar biji bungamatahari

Baca dahulu kandungan nutrisi pemakanan kacang yang anda hendak makan, lihat saiz hidangannya dan buatlah sedikit perkiraan untuk memastikan berapa biji yang boleh anda makan sebelum memakannya.

KENAPA KITA PERLU MENGHINDARI MEMAKAN MAKANAN “ TRANS FAT” ATAU MARGARINE?

Perkara ini perlu diterangkan sedikit lagi kerana ramai masih ragu dan menanyakan saya akan masalah memakan margarine ini.
Kita sebenarnya amat digalakkan untuk memakan lemak semulajadi tetapi menghindari lemak yang bukan semulajadi yang mengandungi bahan-bahan asing yang menyebabkan ianya tidak cair pada suhu badan dan ini akan menyebabkan pembekuan pada salur darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan stroke.
Lemak yang diproses atau “trans fat” boleh ditemui didalam minyak “hydrogenated”, termasuk kebanyakan jenis margarine (sila lihat setiap kandungan dan nutrisi pemakanan tersebut) dan juga bahan “shortening”, pada sesetengah produk peanut butter, dan kebanyakan makanan yang di “bake” dan snek yang banyak dijual dipasaran.
Adalah disarankan untuk mengganti margarine dengan mentega (butter) dan kita juga perlu faham tidak semua margarine adalah dari jenis hydrogenated dan ini masih boleh diterima. Label makanan tersebut akan menandakan “NO TRANS FAT”.
Diantara pilihan lemak yang sihat termasuk buah zaitun dan minyak zaitun, avocado, kekacang dan minyak kekacang, flaxseed dan minyak flax, minyak bunga matahari, dan minyak ikan dari salmon, sardin dan mackerel. Adalah penting untuk kita memakan lemak yang seimbang termasuk juga lemak yang dikategorikan sebagai lemak monounsaturated, polyunsaturated dan saturated.

Sunday, August 15, 2010

HARGA DAN CARA PEMBELIAN

HARGA DAN CARA PEMBELIAN
Semenanjung Malaysia
1 tin = RM144
2 tin = RM266
3 tin = RM374
4 tin = RM482

Penghantaran akan dibuat melalui kurier dengan caj tambahan RM10 setiap penghantaran.

Sabah/Sarawak
1 tin = RM153 + RM10 (kurier) = RM163
2 tin = RM290 + RM20 (kurier) = RM310
3 tin = RM405 + RM20 (kurier) = RM425
4 tin = RM520 + RM30 (kurier) = RM550

Penghantaran akan dilakukan selepas anda memasukkan jumlah bayaran ke dalam akaun saya. Sila sms detail transaksi seperti tarikh, masa dan jumlah:

1. Maybank 157018623484 (Azlan)
2. CIMB 1040080625527 (Shazila)

SMS nama penuh, no iC, alamat penghantaran dan no phone anda ke 013-5411956 (Azlan) atau ke 013-8671456 (Shazila)

SD2 anda akan tiba para pelanggan dalam masa 3-4 hari bekerja jika tiada apa-apa masalah.

.

MENU MAKANAN....

Jika anda mempunyai banyak pilihan makananan, makanlah makanan yang dikukus sahaja setiap hari. Namun begitu, makan makanan yg berlemak masih boleh menurunkan berat badan anda kerana sebenarnya gula yang berlebihan didalam badan anda itu yang disimpan menjadi lemak. Pantang anda hanyalahkarbohidrat dan gula.

Tiada yang susah dengan SD2. Hanya kita yang selalu menyusahkan diri sendiri dengan diet.

Sekiranya anda masih belum berjaya, cubalah SD2.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:- 013-5411956 / 013-8671456

WARGA ASING PIN BOLEH BERJAYA.....

Gambar diatas ialah saudara Enamul Huqe, warga Bangladesh. Beliau bekerja di kilang di Damansara dengan pendapatan bulanan RM650. Mula menyertai New Image International 2 bulan lepas, sekarang beliau berpangkat Manager dalam bisnes ini & mempunyai 7 supervisor di bawah jaringan beliau!
Pendapatan bulan pertama RM6xx, bulan kedua RM1xxx ! hebat bukan....
Hampir pasti pada bulan Mei ini beliau layak untuk menerima Royalti bonus, mungkin uncang (warna?..) atau Duit dalam Beg? Anda pula mcm mana? peluang sentiasa ada, buat satu keputusan bijak.. dah lama berfikirrrr… bila nak bertindak??..
Kalau beliau boleh, kita pasti lagi boleh bukan????

1 HARI TURUN 1.5KG......!!!




Pagi tadi, saya mendapat maklumbalas dari seorang pengguna SD2 yg memberitahu, beratnya telah turun 1.5kg pada hari ke 2 selepas mengikuti program diet SD2.
Wow!!! sungguh teruja dia!! Saya pun turut teruja sama. Mana taknya, inilah result paling cemerlang yang pernah saya terima berbanding customer2 yang lain.

Bila ditanya, memang dia betul2 berdisiplin dalam mengambil menu makanannya setelah memulakan SD2. Dia hanya menjamah makanan2 yg berunsurkan protein dan langsung tidak menyentuh karbohidrat, gula dan kafein.

Syabas utk beliau!!

Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menelefon Shazila di 013-8671456

TAHUKAH ANDA....!!!




Tahukah anda! dengan hanya memakan buah sahaja sebagai lunch & dinner, tidak membantu menurunkan berat badan kerana buah-buahan itu sendiri mengandungi karbohidrat dan gula. Berat badan hanya menurun kalau lemak dibakar. Jangan seksa diri anda dgn berlapar semata2 ingin kurus. SD2 dapat membantu anda.

TIDAK perlu berlapar, harga PALING murah dan paling EFFEKTIF

APA YANG MENARIK MENGENAI DIET SLIM DIET II (SDII) ?

Disini saya akan terangkan perkara2 menarik mengenai program Slim Diet II (SD2).
Banyak orang akan mengatakan kalau nak diet / kurus mesti tidak makan. Sebenarnya salah…….

Kenapa salah? Kalau anda menjalani program diet SD2 ini, anda perlu makan untuk kurus. Susahkan nak percaya...
Pelbagai makanan anda boleh makan. Anda boleh makan daging, makan telur, makan sayur, cuma anda tidak boleh makan makanan yang berunsurkan karbohidrat, yang lain2... JAWAPANNYA BOLEH SANGAT2!!!

Anda sebenarnya perlu mengurangkan berat badan, kerana dengan kembali ke berat badan yang ideal, anda sebenarnya mengurangkan risiko terkena penyakit kardiovaskular (pembunuh nombor satu manusia), kolesterol anda akan pasti turun, kencing manis (diabetes) semakin baik dan lain2 manfaat yang banyak sekiranya anda mengekalkan berat badan yang ideal.

Satu saja formula yang ingin saya kongsikan dengan anda yang sedang dan akan mengikuti program slim diet 2 ini ialah, kalau bukan ayam, bukan daging, bukan ikan, bukan sayur, jangan makan!. Bestkan?! boleh turun berat badan tanpa berpantang makan benda-benda itu. Dan yang penting tidak perlu berlapar untuk kurus. Boleh turun 3-4 kg seminggu. Insya'Allah jika anda betul2 displin dalam program ini.

Dengan program SLIM DIET II (SD2) anda juga tak perlu untuk menghabiskan beribu-ribu ringgit di pusat slimming, dengan menjalani kaedah ini selama sebulan jikalau berdisplin anda dapat mengurangkan 10kg dalam masa sebulan dengan hanya mengamalkan produk SD2 ini. Sudah banyak testimoni yang di perolehi. Tunggu apa lagi? Kami sentiasa membantu anda.

Hubungi saya Azlan (013-5411956) & Shazila (013-8671456) untuk maklumat lanjut.

CADANGAN MENU HARIAN......




Cadangan Menu Harian (Jangan Berlapar!)
Untuk anda yang mengamalkan SD2, ini adalah cadangan menu hidangan ketika anda menjalani program diet SD2. Anda perlu kreatif untuk pelbagaikan jenis makanan (asalkan tidak memakan karbohidrat & gula) supaya tidak cepat jemu. Nikmatilah makanan anda sepenuhnya dan ubahlah cara pemakanan yang biasa supaya anda tetap dapat menurunkan berat badan. Dalam program diet ini, perlu diingat bahawa anda adalah wajib ambil sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam. Jika lapar, sila makan makanan seperti yang tersenarai dibawah, jangan berlapar.

Sarapan Pagi1. Telor - Mata Kerbau, Setengah masak, Omelet (Campur sausage, bawang, camsicum dan tomato)2. Sausage - Rebus, grill, slice kecil dan goreng (sekeping burger atau sebatang sausage 4g karbohidrat)3. Burger daging & ayam (tanpa roti)4. Ayam kukus dengan spices5. Fish finger / fillet (cari yang chunky kurang tepong)

Makan Tengah Hari1. Ayam, daging, ikan, makanan laut, tauhu, tempe, telor itik dan sayur dalam apa jua cara masakan.2. Yong tau fu tanpa kuey teow dan jangan ambil kuat coklat yang manis

Makan Malam1. Soup atau tomyam ayam, daging, tulang, makanan laut dengan sayur2. Sate ayam, lembu, daging, perut (kurangkan kuah & jangan makan nasi impit)3. Tahu bakar dan sotong kangkung

4. Western: Chicken Chop, Lamb Chop, Steak (kurangkan kuah & jangan makan fries)5. Sama dengan tengah hari

Snek`1. Tempe / Ikan bilis goreng dengan sedikit bawang dan chili potong2. Nugget ayam, drummet, fish fingers (baca dan perhatikan label kandungan karbohidrat)

PERHATIAN
1. Anda tidak boleh mengambil lebih 35gram net karbohidrat dalam sehari untuk badan masih membakar lemak.2. Kalau makan diluar, ambil saja lauk pauk dan sayur, grill chicken, ikan bakar, lamb/chicken chop dan berhati-hati akan karbohidrat tersembunyi.3. Kebanyakan chilli/tomato sauce ada kandungan gula yang tinggi, baca dulu label makanan dibelakang botol tersebut dan lihat kandungan karbohidrat setiap saiz hidangan.4. Kuat atau gravy untuk steak/lamb/chicken chop dan yong tau fu tinggi kandungan karbohidrat.5. Buah-buahan juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Elakkan dahulu sementara berdiet.6. Jangan minum minuman berkafien iaitu teh/kopi kerana kafein boleh memberhentikan proses pembakaran lemak

Plan Yang Mudah Diikuti




Tiada peraturan rumit untuk dituruti dan anda dijamin mencapai keberhasilan yang diidam-idamkan. Ianya hanya semudah SATU, DUA, TIGA..

SATU - Tambahkan 2 sudu penuh SLIM DIET II kedalam 200 - 250 ml air sejuk.
DUA - Kurangkan makanan berLEMAK dan berGULA.
TIGA - Tingkatkan penggunaan makanan segar seperti sayur-sayuran, bijirin asli dan makanan laut. 4 gelas SDII sehari akan membekalkan anda dengan 100% zat pemakanan yang diperlukan oleh tubuh anda untuk TENAGA TINGGI dan tubuh yang RAMPING LAGI SIHAT.

** 4 kali sehari ialah 30 minit sebelum sarapan, 30 minit sebelum makan tengahari, 30 minit sebelum makan malam, dan malam sebelum masuk tidur. 4 kali sehari adalah wajib!!
Pengambilan buah-buahan adalah TIDAK DIBENARKAN semasa menjalani program ini kerana kandungan Karbohidrat dalam buah-buahan adalah terlalu tinggi. Dalam program ini, kadar karbohidrat harian yang perlu diambil hanyalah antara 20 - 35 gram

** Rasa Slim Diet 2 ialah Kacang Soya Pekat

Saturday, August 14, 2010

Ketosis dorong kurus dan cantik

Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.

Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.
Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.

Mengapakah ini terjadi?

Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.
Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi. Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Profesor saya sewaktu kolej dulu pernah bergurau. Katanya: ''Ahli sukan sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.'' Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira .
Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural.
Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.
Aktiviti yang dicadangkan

Pengurangan kalori
1) Pengambilan kalori yang rendah sebanyak 2000 kalori sahaja sehari
2) Kalori mestilah diperoleh daripada protein dan gula fruktosa sahaja (buah-buahan) dan bukan dari karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti.
3) Pengambilan kalsium zink dan potassium yang mencukupi
4) Air yang banyak (Sekurang-kurangnya 4 liter sehari)

Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan tiroid. Di klinik saya suplemen diberikan bagi membantu mempercepatkan peningkatan hormon. Apabila pesakit berkunjung mereka diberikan satu set soalan yang akan menjadi takat rujukan saya membuat analisis hormon yang berkurangan. Pemeriksaan darah juga boleh dibuat bagi menguji ketepatan analisis. Hormon disukat dengan kaedah radio amino assay. Ia adalah kaedah yang mengaplikasikan radioaktif untuk menyukat jumlah hormon dalam tubuh kita. Terapi hormon bukanlah sesuatu yang baru. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasnya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita.

Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif. Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan berdiri setiap 20 minit.
./
Senaman
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.
Oleh kerana ramai pembaca yang berada terlalu jauh dari pusat saya di Semenyih, saya senaraikan beberapa pusat yang sudi memberi bantuan sama ada rawatan atau kaunseling bagi membolehkan anda menurunkan berat badan dengan bijak dan berkesan. Kami menyokong hasrat anda menurunkan berat badan dengan kaedah saintifik